Sabtu, 11 Disember 2010

Tak susah untuk kenal



Dibasuh dari sumur Falahiah 3 tahun lamanya; kemudian mengalir di sepanjang nahar Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang, lalu dibilas di lembah UTM di tengah kota Metropolitan hampir 4 tahun dan terdampar di titis Lata Kinjang. Perantau kelahiran Tok Janggut pada 6 Mac 1983 ini, terlontar ke ranah pentadbiran dan latihan.



Rentak tari pada pentas bermula di Paya Indah, 2005, mengenal tinta negara, sebelum berpencak galak Mat Kilau bersama-sama pendidik tanah air lain di negeri kelahiran pahlawan itu. 6 purnama memerah keringat melebar ukhwah, kaki melangkah ke Air Keroh Melaka.2007, diri dipanggil mengisi kekosongan di bumi Maharajalela. Tentunya insan ini masih kerdil ilmu ditimba. Terasa benar tidak cukup ilmu didada, mula mengasah perjuangan tinta pena di Sri Iskandar. Gerak pencak bertukar gelanggang. Sungai Petani diri terlontar. Kini hamba daif menongkah ranjau dunia di negeri jolokan Darul Sunnah. Dan disinilah dulu dan kini, bermula detik menimba pengalaman baru selaku perantau dan akan terus mengorak langkah mengejar kebahagiaan dua dunia...

Tiada ulasan: