
Dah lama rasanya tak 'memblogkan' diri. Bertugas di tempat baru dan 'luar negeri' sememangnya memerlukan komitmen yang lebih dalam tanggungjawab. Segala-galanya kena 'survive'. Al-maklumlah kita ni walau pun 'senior' di tempat lama, namun tetap 'junior' di tempat baru. Ditambah pulak dengan bidang tugas yang berlainan dengan sebelum ini. Jadi kita kenalah merendah diri dan belajar. Kata orang rambut perang, 'empty your cup'.
Berbalik pada tajuk isu kali ni, awal tahun lepas melalui pengumuman oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaik sahaja selesai mempengurusikan Mesyuarat Agong Bank Rakyat telah mengumumkan yang Bank Rakyat telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menambah modal syer mereka. Ini bermakna penantian aku selama ini Insyaallah ternoktah. Menjadi ahli yang sekadar modal sahamnya, 'dipaksa' beli oleh Bank Rakyat masa aku mula-mula mohon pembiayaan, tidak memungkinkan aku menikmati perasaan pemain saham dalam ertikata sebenarnya. Tidak dapat dinafikan yang aku, seperti juga kebanyakan rakyat Malaysia lain, bukanlah individu yang mempunyai kelebihan dalam mendapatkan modal yang besar untuk ditambah. Namun, kalau hanya menggunakan alasan itu, lalu tak ditambah langsung bilamana peluang terbuka, tolak tuah pulak orang kata. Apapun kesabaran aku berhasil. Surat daripada abang 'posmen' tiba juga. Tambahan modal RM 5000 yang aku pohon 4 tahun lalu, dapat jugak akhirnya. Mujurlah persiapan dah dibuat. Kalau nak harapkan gaji, tentulah aku termenung panjang mengenangkan tarikh luput yang pendek diberikan untuk menerima tawaran. Apapun sebenarnya, niat awal aku menambah saham, hanya untuk mendapatkan bonus dan dapatlah 'settlekan' bil-bil tahunan yang memeningkan kepala. Dengan tambahan modal ini, dapatlah aku mula merancang percutian tahunan untuk keluarga tersayang, Insyaallah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan