Isnin, 30 November 2009
Sabtu, 28 November 2009
Selamat Pengantin Baru Hafeez & Mastila
Malam Aidiladha menjadi detik bersejarah buat pasangan dua mempelai. Upacara a
kad nikah berlangsung di Masjid Sultan Ismail Petra(Masjid Besar Kubang Kerian) oleh Imam masjid,ustaz Sabri. Upacara berlangsung cukup singkat,mudah dan sudah tentu lancar. Nampak seperti Imam tergesa-gesa. Setelah ditanya,rupanya ustaz sabri ada urusan lain di luar. Apepun alhamdulillah. Jadi takdelah banyak sangat soalan di tanya(barangkali). Pada malam itu(lebih kurang 845mlm), ada satu lagi pasangan. Sepatutnya ada tiga. Kata ustaz, pasangan satu lagi tunda.Tahniah pada saudaraku Hafeez dan isterinya Mastila...Syukur..
Tapi jauh disudut hatiku,perasaan gementar wujud kerana tak sampai 2 minggu lagi,aku pula yang akad berada di hadapan juru nikah...Beratnya amanah dan tanggungjawab yang akan aku pikul nanti. Dosa dan pahala isteri ku nanti, jua yang memikulnya. Namun pabila mendengar kelebihan ibadah dalam rumahtangga, wujud rasa syukur. Amanah dan tanggungjaawab hadir bersama pahala yang cukup besar...
Aku terima amanah ini dengan redha dan rasa syukur pada Ilahi..Alhamdulillah..

Jumaat, 27 November 2009
Agama Dihina Secara Halus

Sedar tak sedar, jam dah dekat 745. Kalut aku mencari surau memandangkan waktu magrib hampir habis. Kerana tak mahu membuang masa, aku terus jumpa pak guard yang ada depan mata aku. Ringkas dan padat jawapan dari dia. Senang rasanya aku nak cari.
"di paking keto datah,sebeloh jambe".
Mula-mula sampai, tersentuh aku melihat keadaan surau.Teringat cerita orang putih, yang dok lepak-lepak di tepi bangunan usang. Dengan bunyi kereta dan aircorn yang bising,bau kasut, kotor dan macam-macam lagi lah yang masuk dalam pancaindera aku ni. Sakit hati aku

Terdetik aku..inikah Islam yang kita ingin tonjolkan? Yang punyai prinsip kebersihan yang cukup hebat? Tempat beginikah yang kita sediakan untuk kita mengadap ALLAH? Aku rasela kan,tempat sembahyang tokong buddha atau hindu lagi cantik kalau nak dibandingkan dengan surau,bila kita bercakap surau di shoping-shoping komplex ni. Cubalah periksa dan perhatikan sendiri keadaan yang berlaku sekarang ni. Bila tanya surau je, dah sinonim dengan jamban(selesa guna perkataan ni),parking kereta, bising dan keadaan yang cukup tak selesa.
Kita akui, sememangnya primis-primis besar bukan milik orang islam. Contoh yang dekat, Pasaraya Bilal,gah dengan nama yang cukup indah,iaitu nama sahabat nabi(muazin) ,itupun bukan dimiliki oleh islam sendiri. Agama lain yang menumpang kelebihan yang ada pada kita!? Nabi kita yang sejak dari dulu lagi menekankan kita betapa hebatnya perniagaan, namun masih lagi kita tak mampu untuk melaksanakan dan mengusai sebahagian daripada sunnah nabi itu. Apapun bukan isu itu yang nak ditonjolkan. Apa yang inginj difokuskan ialah kita masih lagi mampu memiliki kuasa politik,sekiranya kuasa ekonomi tidak mampu kita kuasai. Walaupun hal ini nampak remeh, tetapi ia sebenarnya ialah SATU PENGHINAAN CARA HALUS oleh orang bukan islam. Fikir-fikirkanlah duhai saudaraku sekalian.
Khamis, 26 November 2009
Maksud Bacaan Dalam Solat
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit
dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya
solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan
mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas
Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di
dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah
Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya
hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau
sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat
kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Cincin Belah Rotan Disarung
Rabu /4 Syawal 1430 / 23 September 2009 . Itulah tarikh keramat selangkah lagi kaki ini melangkah mendampingi keluarga putri. Detik itu menjadi terlalu berharga buatku. Kupanjatkan rasa syukurku pada Ilahi kerana restu yang kudambakan, diperkenankan olehNya. Terasa begitu pantas ketentuan tercipta. Takdir Allah kuterima dengan rasa syukur. Sepurnama ikatan ini adakan diteruskan...dan kemudian..yang sentiasa diimpikan setiap pasangan yang ingin mencari redha Allah..
Rabu, 25 November 2009
Bahtera Dilayari Jua
***Walimatul Urus***
- HJ. MUSTAPHA@JAAFAR BIN SALLEH & HJH. KHATIJAH BINTI YUSOF
Siti Rashidah Binti Mustapha
Sabtu, 12hb Disember 2009 bersamaan 25 Zulhijjah 1430 Hijrah
Lot 3290 Kampung Teras Sering, 16150 Kota Bharu Kelantan.
- HJ. YAAKUB BIN HJ. ISMAIL & ALLAHYARHAMAH HJH. MAKELSOM BINTI DOLAH
Mohd Nasrizal Bin Yaakub
Isnin, 14hb Disember 2009 bersamaan 27 Zulhijjah 1430 Hijrah
Lot 1444 Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan.
- Akar Keladi melilit kasih,
- selasih tumbuh di hujung taman,
- kalung budi dijunjung kasih,
- mesra kenangan sepanjang zaman.
Ujian Penghapusan Dosa

Ya Allah wahai Tuhanku
Di atas segala keputusanMu
Aku sebagai hambaMu
Sanggup untuk menerimanya
Walaupun ia pahit bagiku
Aku tetap terima jua
Kepahitan ini perlu untukku
Agarku rasa rendah diri
Untuk aku merasa lemah
Agar aku tidak sombong
Juga tidak pemarah dan besar diri
Untuk aku contohi Rasulullah tercinta
Yang mampu merendah diri
Sedangkan Baginda begitu mulia
Wahai Tuhan aku redha
Dengan ujian ini padaku
Aku cuba untuk bersabar
Sepanjang ia berlaku padaku
Ujian itu penghapusan
Dosa-dosa yang kulakukan
Wahai Tuhan bantulah aku
Untuk menerima takdirMu ini
Dan bantulah aku untuk meyakini
Dengan kebaikan yang Engkau janjikan
Yang Engkau janjikan bersamanya
Sesungguhnya ku yakin sekali
Sesudah ujian ini,
ada nikmat yang akan berlaku
Jangan sia-siakan keyakinan ini
Itulah harapanku di dalam ketakutan ini
Perkenankanlah wahai Tuhan
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Langgan:
Catatan (Atom)