Sabtu, 28 November 2009

Selamat Pengantin Baru Hafeez & Mastila

Malam Aidiladha menjadi detik bersejarah buat pasangan dua mempelai. Upacara akad nikah berlangsung di Masjid Sultan Ismail Petra(Masjid Besar Kubang Kerian) oleh Imam masjid,ustaz Sabri. Upacara berlangsung cukup singkat,mudah dan sudah tentu lancar. Nampak seperti Imam tergesa-gesa. Setelah ditanya,rupanya ustaz sabri ada urusan lain di luar. Apepun alhamdulillah. Jadi takdelah banyak sangat soalan di tanya(barangkali). Pada malam itu(lebih kurang 845mlm), ada satu lagi pasangan. Sepatutnya ada tiga. Kata ustaz, pasangan satu lagi tunda.Tahniah pada saudaraku Hafeez dan isterinya Mastila...Syukur..
Tapi jauh disudut hatiku,perasaan gementar wujud kerana tak sampai 2 minggu lagi,aku pula yang akad berada di hadapan juru nikah...Beratnya amanah dan tanggungjawab yang akan aku pikul nanti. Dosa dan pahala isteri ku nanti, jua yang memikulnya. Namun pabila mendengar kelebihan ibadah dalam rumahtangga, wujud rasa syukur. Amanah dan tanggungjaawab hadir bersama pahala yang cukup besar...
Aku terima amanah ini dengan redha dan rasa syukur pada Ilahi..Alhamdulillah..


Tiada ulasan: