Jumaat, 27 November 2009

Agama Dihina Secara Halus

Pada 26 November, lebih kurang jam 650 petang,aku singgah di sebuah shoping complex di bandar yang sememangnya terkenal dengan Islamicnya. Tujuan aku hanya satu. Cari barang-barang kelengkapan kawin. Malas nak bertangguh-tangguh dan tak nak buat keja last minute.
Sedar tak sedar, jam dah dekat 745. Kalut aku mencari surau memandangkan waktu magrib hampir habis. Kerana tak mahu membuang masa, aku terus jumpa pak guard yang ada depan mata aku. Ringkas dan padat jawapan dari dia. Senang rasanya aku nak cari.
"di paking
keto datah,sebeloh jambe".
Mula-mula sampai, tersentuh aku melihat keadaan surau.Teringat cerita orang putih, yang dok lepak-lepak di tepi bangunan usang. Dengan bunyi kereta dan aircorn yang bising,bau kasut, kotor dan macam-macam lagi lah yang masuk dalam pancaindera aku ni. Sakit hati aku melihatnya.
Terdetik aku..inikah Islam yang kita ingin tonjolkan? Yang punyai prinsip kebersihan yang cukup hebat? Tempat beginikah yang kita sediakan untuk kita mengadap ALLAH? Aku rasela kan,tempat sembahyang tokong buddha atau hindu lagi cantik kalau nak dibandingkan dengan surau,bila kita bercakap surau di shoping-shoping komplex ni. Cubalah periksa dan perhatikan sendiri keadaan yang berlaku sekarang ni. Bila tanya surau je, dah sinonim dengan jamban(selesa guna perkataan ni),parking kereta, bising dan keadaan yang cukup tak selesa.
Kita akui, sememangnya primis-primis besar bukan milik orang islam. Contoh yang dekat, Pasaraya Bilal,gah dengan nama yang cukup indah,iaitu nama sahabat nabi(muazin) ,itupun bukan dimiliki oleh islam sendiri. Agama lain yang menumpang kelebihan yang ada pada kita!? Nabi kita yang sejak dari dulu lagi menekankan kita betapa hebatnya perniagaan, namun masih lagi kita tak mampu untuk melaksanakan dan mengusai sebahagian daripada sunnah nabi itu. Apapun bukan isu itu yang nak ditonjolkan. Apa yang inginj difokuskan ialah kita masih lagi mampu memiliki kuasa politik,sekiranya kuasa ekonomi tidak mampu kita kuasai. Walaupun hal ini nampak remeh, tetapi ia sebenarnya ialah SATU PENGHINAAN CARA HALUS oleh orang bukan islam. Fikir-fikirkanlah duhai saudaraku sekalian.

Tiada ulasan: